Sunday, May 12, 2013

PRU13: MAKNA, IMPLIKASI DAN CABARAN




PILIHANRAYA UMUM KE-13:
MAKNA, IMPLIKASI DAN CABARAN

Oleh: Kassim Ahmad
6 Mei, 2013
(Dipinda dan diperpanjang pada 13 Mei, 2013)

1.      Kesan Pertama: Rasisme Kaum Pendatang
Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13), dilawan dengan sengit antara gabung parti BN dan gabungan parti Pakatan Rakyat (PR) telah datang dan pergi. Anwar Ibrahim, ketua PR, begitu yakin beliau akan menang dan mengambil-alih Putrajaya, dengan mimpinya mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Agung sekali!  Setelah tengah malam 6 Mei, mimpin ini hancur berkecai: BN telah menang dengan majoriti mudah. Semalam yang indah, kerana Najib, ketua BN, telah bekerja kuat sekali dan layak diberi mandat baru oleh rakyat Malaysia. Persis itulah yang mereka lakukan. Tahniah kepada rakyat Malaysia!
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna UMNO, parti tulang belakang BN, boleh berteduh dalam zon selesa. UMNO dan BN perlu direkayasa.  Kritikan dan koreksi patut dan boleh dilakukan dari dalam, bermula dari Perhimpunan Agung UMNO dan terus ke bawah. Begitu juga dalam parti-parti dalam BN.
Sesetengah pengkritik Eropah-sentrik mengatakan UMNO telah memerintah terlalu lama, seolah-olah yang lama itu tidak baik. Persoalannnya bukan lama atau baru. Persoalanannya baik  atau buruk.  Nabi Muhammad, yang perlu menjadi contoh kepada kita, memerintah Madinah selama 10 tahun hingga beliau wafat..
Najib dalam ucapan kemenangannya merujuk kepada aliran pengundian perkauman dalam masyarakat Cina. “Ini memerlukan usaha penyatuan nasional,” kata beliau, dengan wajah muram dan sedih. 

2.      Latarbelakang Sejarah Malaysia
Untuk betul-betul memahami perisitiwa ini, kita harus mengesan kembali sejarah Malaysia.  Malaysia, sebuah negara-bangsa baru majmuk pelbagai kaum, berasal dari Kesultanan Melayu Melaka dalam abad ke-15 dengan kedudukan berdaulat  raja-raja Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama negara.
Empayar Melayu ini sebagian daripada Dunia Melayu yang terdiri dari Persekutan Tanah Melayu, Indonesia, Pattani dan Brunai. Penjahan Barat (Portugis, Belanda dan Inggeris)  dan penjajahan Timur  (Thai dan Jepun) memecah dan memisahkan Dunia Melayu ini selama 446 tahun sehingga zaman kemerdekaan memecah tembok penjajahan itu.
Hakikat ini tidak difahami oleh masyarakat-masyarakat pendatang (Cina dan India) yang dibawa masuk oleh penjajah Inggeris untuk mengerjakan ekonomi kolonial mereka. Pada hari kemerdekaan Raja-Raja Melayu dan orang Melayu dengan murah hati telah bersetuju  memberi kerakyatan kepada 1 juta orang Cina dan India pendatang ini – satu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana bangsa lain di dunia.  Sebagai balasan kepada kemurahan hati orang Melayu ini, dibuat satu kontrak sosial di antara kaum anak watan dan kaum pendatang – kerakyatan automatik diberi kepada kaum pendatang dan apa yang dikatakan “hak-hak isimewa” diberi kepada anak watan. Hak istimewa ini sebenarnya hak yang sah orang Melayu, bukan “hak istimewa”. Istilah “hak istimewa” tidak tepat sama sekali dan telah membawa kepada rasisme kaum pendatang Cina, yang menganggap orang Melauu juga kaum pendatang.  Ini jelas kelihatan dalam pengundian kaum Cina yang yang memberi undi mereka kepada parti cauvinis DAP dalam pilihanraya umum ini.

3.      Kemurahan Orang Melayu da Kontrak Sosial Antara Kaum
Tidak syak lagi, kebenaran tulisan seorang pengarang Perancis, “The Malays are the gentlemen of the East.” Mereka satu bangsa yang tinggi budinya, senantiasa bermurah hati kepada tetamu. Tetapi, di sebalik sifat murah hati itu, terselindung sifat berani dan bengis   apabila mereka tersepit – mereka mengamuk!
 Amukan orang Melayu kelihatan dalam peristiwa-peristiwa sejarah – amukan Hang Jebat di kota Melaka dalam abad ke-15, amukan orang Melayu dalam peristiwa berdarah Mei 13, 1969, dan amukan rakyat Indonesia terhadap Parti Komunis Indonesia dalam gerakan 30 September, 1965 (Gestapu) apabila hampir sejuta orang terkorban.
Tidak syak lagi, orang Melayu akan terus menghormati perjanjian mereka dengan kaum-kaum pendatang. Namun demikian, penghormatan ini tergantung kepada sikap kaum pendatang membalas budi orang Melayu. Jika mereka lupa, malah mahu memberontak dan mengasingkan diri, orang Melayu pasti akan bertindak balas. Kita mengatakan ini bukan untuk  menakut-nakutkan kaum Cina yang asalnya kaum pendatang. Orang Melayu akan  terus menghormati perjanjian ini dengan kaum Cina, tetapi bukan tanpa syarat. Syaratnya kaum Cina juga mesti menghormati perjanjian ini.
Perjanjian inilah yang dikatakan kontrak sosial antara kaum di Malaysia.

      4.  Perlembagaan Reid
Sebelum kita mencapai kemerdekaan, muncul dua gabungan parti: Pusat Tenaga Rakyat (yang terdiri dari parti-parti kiri Melayu dipimpin oleh Ishak Hj. Muhammad) dan All-Malaya Council of Joint Action (yang terdiri dari parti-parti kiri bukan Melayu yang dipimin oleh Tan Cheng Lock), disingkat kan menjadi PUTERA-AMCJA) dan gabungan pertubuhan Melayu dalam UMNO yang dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar dan kemudian Tunku Abdul Rahman. Gabungan pertama kiri dan yang kedua kanan.
Gabungan PUTERA-AMCJA menghasilkan apa yang dipanggil  Sepuluh Prinsip Rakyat atau Perlembagaan Rakyat, yang terdiri dari prinsip-prinsip  berikut:-
(1)   Sebuah negara Malaya, termasuk Singapura;
(2)   Sebuah majlis perundangan pusat dengan semua ahlinya dipilih;
(3)   Hak politik yang sama bagi semua warganegara;
(4)   Raja-raja Melayu jadi raja-raja beperlembagaan, yang berdaulat penuh dan menerima nasih dari perdana menteri yang dipilih;
(5)   Perkara-perkara yang berhubung dengan agama Islam dan adat-istiadat Melayu diletak di bawah penguasaan orang Melayu;
(6)   Perhatian khas diberi kepada kemajuan orang Melayu;
(7)   Bahsa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi;
(8)   Pertahanan dan hal-ehwal luar diletak bersama di bawah kerajaan Malaya dan Inggeris;
(9)   Kerakyatan dinamakan ‘Melayu’  (dengan pengertian luas dan progresif); 
(10)           Merah dan Putih dijadikan latar Bendera Kebangsaan Malaya. [1]
Jelaslah kebanyakan dari “Sepuluh Prinsip Rakyat” ini diterima oleh Suruhajaya Reid yang ditugaskan oleh Kerajaan Inggeris dan Raja-raja Melayu untuk menggubal Perlembgaan Persekutuan Tanah Melayu. 
Itulah kontrak sosial yang diterima dan dimasukkan ke dalam Perlembagaan.
Dalam PRU13, nampaknya,  kontrak sosial ini tidak diterima lagi oleh kaum Cina. DAP, yang lahir dari PAP di Singapura, dalam propaganda mereka, menolak kontrak sosial ini dan garis propaganda ini ditelan bulat-bulat oleh sebagian besar kaum Cina yang pada kali ini mahu mengubah Kerajaan. 
Sekarang soalannya apakah yang akan dilakukan oleh orang Melayu. Banyak kenyataan yang kita dengar mereka tidak puas hati dan marah. Adakah mereka akan mengamuk? Pemimpin mereka sekarang, Najib, telah menasihatkan “penyatuan nasional”.  Kita setuju dengan nasihat ini. Orang Melayu harus bertindak secara rasional dan bijaksana. Namun demikian penyatuan nasional hendaklah berdasarkan prinsip. Hak orang Melayu yang sah tidak boleh dikorbankan. Kaum Cina harus menghormati prinsip ini. Kalau tidak, Malaysia tidak ada masa depan! 

5.      Kembali ke Dunia Melayu
Jika sebelum kedatangan penjajah, Malaysia sebagian dari Dunia Melayu yang termasuk Indonesia, sekarang setelah kedua-dua Malaysia dan Indonesia merdeka, elok dan logiklah kita berusaha untuk merealisasi penyatuan Dunia Melayu. Dua ciri yang penting wajud dalam Dunia Melayu: bahasa Melayu dan agama Islam. Dengan penduduk Dunia Melayu nombor empat terbesar di dunia (223 juta) di belakang China, India dan Amerika Syarikat  dan dan penduduk Islam teramai, mereka mampu membangunkan sebuah tamadun baru yang besar. Mereka juga berkemampuan  untuk membangkitkan semula Islam yang sebenar dan yang boleh membebaskan dunia dari kehancuran besar yang menanti akibat keruntuhan ideologi Liberalisme yang pasti berlaku.  
-----------------------------------------
KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Lama web beliau www.kassimahmad.blogspot.com    


[1] Dipetik dari Memoir Ahmad Boestamam (Bangi, Selangor: 2004), hlm 204=205 & 210.

Tuesday, April 30, 2013

MESYUARAT AGUNG FORUM IQRA'




MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
FORUM IQRA’ (FORIQ) YANG KE-12 


Tarikh:  27 April, 2013
Tempat :  1504 Persiaran Kulim Golf, Kulim Golf & Country Resort, 09000 Kulim, Kedah, D-A.
Masa :  10.30 pagi.

            Presiden Foriq Sdr Kassim Ahmad memulakan mesyuarat dengan meminta bacaan doa selamat dan bacaan Al-Quran.
            Sdr Kassim menyampaikan ucapan perasmian dengan mengesan penubuhan Foriq dan menyebut tujuan penubuhannya untuk menyeru rakyat Malaysia kembali kepada Quran dengan tidak melupakan dokumen-dokumen sahih yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad, seperti Piagam Madinah yang masyhur itu. (Untuk mendapat  teks Piagam Madinah serta mengetahui kepentingan dokumen itu, sila lihat blog Sdr Kassim www.kassimahmad.blogspot.com

            Mesyuarat memutuskan:-

1.      Masukkan esei-esei presiden dalam blognya ke facebook;
2.      Sdr. Ramlee Talib akan menulis surat berdaftar  Daftar  A. R. Kepada Menteri Pelajaran tentang Dunia Melayu (salinan kepada Perdana Menteri);
3.      Foriq mengadakan rundingan dengan pertubuhan-pertubuhan JUST dan Sisters-in-Islam untuk mengadakan beberapa majlis bersama bagi tahun 2013 (tugas Sdr/i2 Suzana Mohd. Zahir, Nik Aziz Hassan dan Ahmad Shauqi;
4.      Mengadakan perbincangan dengan persatuan-persatuan mahasiswa untuk menerangkan tujuan Foriq kepada mereka; dan.
5.       Meminta satu perjumpaan dengan Perdana Menteri untuk menghuraikan tujuan-tujuan  Foriq dan sebab –sebab ia ditubuhkan.

Disediakan oleh Warsa Mohamed Bakar
Pegawai pentadbir Foriq
1 Mei, 2013.
             

Thursday, April 25, 2013

DUA JENIS POLITIK




DUA JENIS POLITIK:
POLITIK PUAK OLIGARKI
DAN POLITIK PUAK HUMANIS

Oleh: Kasim Ahmad
22 April, 2013

            Kebanyakan orang memandang jijik terhadap politik. Kata merela, politik kotor, dengan rasuah, pembaziran dan kronisme. Mereka lupa bahawa politik itu perlu untuk mentadbir negara dan masyarakat. Mereka juga lupa bahawa  politik ada dua jenis: politik baik (puak humanis) dan politik jahat (puak oligarki). Seperti yang disebut dalam Quran, “Mengapa kamu tidak berjuang di jalan Allah sedangkan lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang lemah memohon, ‘Tuan kami, selamatkanlah kami dari masyarakat yang ahli-ahlinya penindas, dan datangkanlah dari sisi-Mu seorang kawan dan penolong bagi kami.’ Mereka yang beriman berjuang di jalan Allah, dan mereka yang kafir berjuang di jalan tirani. Jadi, hendaklah kamu berjuang melawan sekutu syaitan. Sesungguhnya, muslihat syaitan senantiasa lemah.” [1]
Sejarah menunjukkan Nabi Muhammad, selain seorang nabi yang menerima wahyu daripada Tuhan, juga seorang pemimpin. Beliau memerintah negara-bangsa Madinah selama dua belas tahun dengan Perlembagaan Madinah yang masyhur itu yang digubal oleh beliau sendiri. Negara-bangsa ini kemudian meliputi seluruh Semenanjung Arab apabila beliau membebaskan Mekah dari dominasi kaum Quraisy. Beliau dan pengikut-pengikutnya mewakili puak humanis, sementara kaum Quraisy, puak oligarki.
Nabi Muhammad contoh seorang pemimpin yang baik. [2] Beliau melaksanakan politik atau pemerintahan yang kita istilahkan bersifat humanis. Apa yang kita maksudkan dengan istilah ‘humanis’ itu ertinya adil kepada semua warganya, tidak kira bangsa, agama, atau fahaman ideologi. Untuk mengetahui lebih terperinci sistem yang digubal oleh Nabi Muhammad, sila lihat esei saya bertajuk “A Short Note on the Medina Charter”. [3] 
Sejarah juga menunjukkan bahawa tiap masyarakat ada unsur-unsur baik dan buruknya. Nabi Muhammad dibangkitkan bukan saja untuk menukar masyarakat jahiliah Arab, tetapi juga masyarakat dunia. Seperti yang dinyatakan dalam Quran, beliau satu rahmat kepada seluruh dunia. [4]
Perhatikan bahawa dunia ini boleh diubah, dari jahat ke baik, dan dari baik ke lebih baik. Tidak perlu dinyatakan bahawa ia juga boleh merosot. Tugas manusia (khalifah) mentadbir dan mengubah dunia. Dalam satu metafora yang dahsyat lagi cantik, Quran memaklumkan perkara ini, demikian: “Telah Kami tawarkan tanggungjawab ini kepada lelangit dan bumi dan gegunung, tetapi mereka menolaknya kerana takut. Namun, tanggungjawab ini diterima oleh manusia! Dia jahil dan zalim!” [5] Perhatikan sindiran yang halus dalam ayat ini. Tuhan tahu kejahilan dan kezaliman manusia; namun demikian, Dia juga tahu kebolehan dan kemampuan manusia mentadbir dan mengubah dunia. Sebab itu dalam satu metafora lain, diperintahkan para malaikat sujud kepada manusia.[6]  
Mari kita uji kaedah mentadbirdan mengubah dunia ini kepada parti UMNO di Malaysia. Ingat bahawa UMNO mewarisi sistem pemerintahan bangsa Melayu dari Kesultanan Melayu Melaka dalam abad ke-15 sebelum Melaka jatuh ke tangan penjajah Eropah pertama di bumi Melayu,[7]  bangsa Portugis atau Feringgi, seperti yang tercatat dalam Sejarah Melayu.
Seorang penulis Perancis telah menulis, “Orang Melayu itu bangsa yang tinggi budi-bahasanya di Asia.” (Inggeris: The Malays are the gentlemen of the East.) Sebagai seorang Melayu, saya mengaku kebenaran kata-kata penulis ini. Sifat inilah yang menyebabkan orang Melayu menerima orang Cina dan India yang datang ke Tanah Melayu dari bumi China dan India dalam zaman penjajah  Inggeris (sejuta jumlahnya) sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (PTM) apabila ia mencapai kemerdekaan dari Inggeris pada 31 Ogos, 1957. Fakta ini menukar demografi PTM menjadi sebuah masyarakat majmuk.
UMNO pada ketika ia dilahirkan di Johor Baharu pada tahun 1946 sebuah parti massa Melayu dengan idealisme yang tinggi untuk mencapai kemerdekaan. Dalam masa satu generasi anak-anak Melayu keluar dari lembah  kemiskinan dan perhambaan di tanahair mereka sendiri menjadi tuan! Demikian besarnya jasa UMNO kepada orang Melayu!
Namun demikian, semua benda reput dan merosot. Begitu juga UMNO. Setelah Tun Razak, presiden UMNO dan perdana menteri kedua, reputan dan rosotan ini mula berlaku hingga UMNO berpecah dua dalam tahun 1987-88 semasa Dr. Mahathir menjadi presiden UMNO. Dalam pilihanraya umum ke-12 pada 2008, BN gagal mendapat majoriti dua pertiga dan hilang kuasa di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang manakala Kelantan tetap di bawah pentadbiran PAS.
Bolehkah UMNO di pulih semula? Sesetengah orang berkata: “Tidak boleh dan tidak perlu. Biarlah UMNO mati. Kita pilih Pakatan Rakyat (PR) pula menjadi pemerintah.”  Kata pepatah Inggeris, “Better the devil you know than the devil you do not know.” Kita tidak perlu pesimis dan sinis seperti ini. Kita percaya kepada kebolehan manusia, khalifah Tuhan di Bumi.
Kita tidak mahu terperangkap dalam sistem dwiparti. Bila kita memecahkan masyarakat kepada dua (kerajaan/pembangkang) kita buka pintu kepada perpecahan kepada tiga, empat dan seterusnya. Kita menjadi lemah. Lihat apa yang sedang berlaku di Eropah sekarang. Selama dua bulan selepas pilihanraya umum, Itali tidak boleh membentuk kerajaan. Spain, Protugal, Greece dan Ireland muflis. Pendek kata, seluruh Kesatuan Eropah dilanda krisis. Tidak dapat tidak, A.S. juga terlibat dalam krisis ini.
Oleh sebab itu, kita anjurkan penyusunan sebuah sistem parti dan pemerintahan nasional kita sendiri, yang boleh menyatu dan memperkuat masyarakat nasional kita. Kita sudah ada contoh dalam sistem yang dibentuk oleh Tun Razak menghimpunkan parti-parti dari pelbagai kaum dan jalur ideologi dalam satu permuafakatan besar berdasarkan patriotisme Malaysia. Lama sebelum ini, pentadbiran Nabi Muhammad di Medinah dan kemudian di Semenanjung Arab memeperlihatkan sifat ini, walaupun pada masa itu sistem parti belum lahir.

KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com  



[1] Quran, 4: 75-76.
[2] Lihat Quran, 33: 21.
[3] Sila lihat esei itu itu di laman web saya <www.stormloader.con/qsmjam> 
[4] Quran, 21: 107.
[5] Quran, 33: 72.
[6] Lihat Quran, 2: 30-34.
[7] Ramai orang, termasuk orang Melayu sendiri, tidak faham konsep Dunia Melayu. ‘Dunia Melayu’, ‘Gugusan Pualu-pulau Melayu’ dan ‘Nusantara’ semuanya merujuk kepada hakikat ini. Dunia Melayu termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia, Brunei  dan Pattani. Maka itu orang  luar (lelaki atau perempuan)  yang datang ke Tanah Melayu dan kawin dengan orang Melayu secara automatic menjadi orang Melayu.